Bingkisan buatmu teman…
Teman…
Akhir-akhir ini hatiku sering bertanya
TIDAK SETANDINGKAH AKU DENGAN ‘DIA’
Istimewa sangatkah ‘dia’ dimatamu
Adakah lebih istimewa dariku
Entah kenapa hatiku begitu ingin tahu
Teman…
Maafkan aku,
Pernah aku terfikir tanpa ‘dia’ tidak bisakah kita bercerita
Tanpa dia tak bolehkah kita berkongsi rahsia
Seperti dulu
Tiada istilah tidak penting untuk kau dan aku berkongsi segala benda
Tapi kini ada ‘dia’ antara kita…
‘dia’ ‘dia’ ‘dia’
entah kenapa ‘dia’ ini benar-benar merunsingkan fikiranku
mengundang satu persoalan di benakku
TIDAK SETANDINGKAH AKU DIBANDINGKAN DENGAN ‘DIA’
Kerana sekarang tanpa ‘dia’ seolah tiada cerita untuk kau bercerita
Begitu bermaknakah ‘dia’ buatmu
Hingga…entahlah…
‘dia’ itu…’dia’ ini…
‘dia’ dan ‘dia’ lagi…
Teman…
Pernahkah kau biar sedetik memikirkan tentangku pula
Betapa diri ini terasa kerdil dibandingkan dengan ‘dia’
Terasa betapa tak pentingnya diri ini buatmu
Tidak seperti dia…
Teman…
Mungkin kau sudah bosan melayan perangaiku yang buruk ini
Kerana kini kau sudah ada ‘dia’
Yang mungkin jauh lebih baik jika dibandingkan denganku…
Teman…
Dari hatiku seikhlasnya…
Aku tak cemburukan dirimu…
Jauh sekali iri
Tapi aku cemburukan ‘dia’
Kerana ‘dia’ dibibirmu kini sentiasa disebut
Teman….
Tak setandingkah aku dengan ‘dia’
‘dia’…’dia’…’dia’….
Aku benci ‘dia’
Kerana dia aku hilang tempat bercerita
Kerana dia aku hilang tempat berkongsi rahsia
Dan kerana dia aku begitu mudah terluka
Kenapa???
Kerana setiap detik yang berlalu
Kau semakin jauh dari aku….
Mungkinkah kau akan pergi selamanya
Hanya kerana ‘dia’
Teman…
Maafkan aku andai semua ini tidak benar
Tapi benar ini adalah apa yang aku rasa…
Maafkan aku teman kerana AKU TIDAK SETANDING ‘DIA’…
Maafkan aku...
...pelik dengan perasaan ini...
0 comments:
Post a Comment