BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 25, 2011

^_^

Assalamualaikum....



At last aku di sini setelah hmpir berminggu2 tak update blog...welcome back to me n myself...huhuhu...seperti biasa klu dah kul 4 lebih msih segar bijik mata yg dua ni dan takdak benda nak dibuat ke mana lagi aku nak pi selain ke sini...hurm...patutnya waktu2 skrg ni aku tgh enak dibuai mimpi...klu tak mimpi dok kat paris...mungkin aku tgh mimpi dok kat sri kembangan...erk...[aku rela kalau ada sapa2 nak kuk kepala aku sampai pengsan waktu ni]...nge~~...



Nape la baru kol 4 pagi...kan best klu dah 4 ptg...eh salah2...kan best klu dah kol 8 mlm...huhuhu...tak sabar nak jumpa en.abg...[sila abaikan ayat sblm ni]...he...bak kata aku sendiri td...klu la aku leh meresap masuk lam laptop ni, dah lama aku sampai sana...nak tunjuk betapa tak sabarnya nak jumpa...haish...[mak...tgk anak mak ni]...he...nasib baik mak tau dah...sayang mak...^_^..



Urmm...dah berapa lama ek tak jumpa...dah 47 hari...lamanya...last hari tu jumpa masa kenduri kat melaka...tapi...tu pun klu jumpa kat skype tak diambil kira...klu diambil kira dah hampir 3jam tak jumpa...lamanya...huhuhu...[kuk kepala sendiri kali ni]...-_-"...



Dulu...aku selalu fikir...aku cuma ada skit ja rasa sayang...jadi aku nak simpan rasa tu btol2...takmau guna...sbb tu aku ssh nak ckp aku syg kat org...[maafkan pemikiranku yg agak tak dalam masa tu]...huhuhu...tapi sebenrnya apa yg aku fikir tu salah...lagi byk kita sygkan org...lagi byk rasa syg yg akan kita rasa...klu tak salah aku salah sorg motivator pun ada ckp gak...klu kita nak org syg kita, kita kena la sygkan org...that's what im doing rite now...aku nak dia sygkan aku sbb tu aku sygkan dia...he...oppss...actually aku ckp ni secara general...boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja kepada sesiapa sahaja k...nge~~...



Sejak dua menjak ni...[bak kata en.abg..sejak2 ada call name ni]...aku rasa mcm semakin manja lak...[malu nak ngaku]...huhuhu...nape ek...aku pun tertanya-tanya gak nape...adui...parah2 klu camni...jenuh beliau nak melayan karenah aku...bygkan la klu diri sendiri pun pening org lain apatah lagi...cumanya...beliau sgt2 bersabar...tak pernah marah...[sampai kadg2 tlg marah diri sendiri bg pihak]...aku bersyukur utk itu...



Surprisingly...aku mula selesa dgn 'panggilan' tu skrg...walaupun baru spluh hari penggunaannya tapi aku dah mula rasa selesa...masa mula2 hr tu tersgtlah kekok...[nasib baik skype leh edit msg]...huhuhu...klu tak mungkin aku dah diisytiharkan muflis skrg...nge...hope rasa selesa tu akan ikut aku esok...he...



Mata dah mula layu...selimut pun dah panggil...itu ertinya...aku dah nak tido...
nite all...



Wassalam...



...semakin hari semakin sayang...

Monday, February 7, 2011

...JUST...

Assalamualaikum...



Nothing to be shared...just tiba2 rindu lak ngan masa2 yg penah aku lalui dulu...masa mula2 kenal...masa tu byk sgt soalan yg nak ditanya dan banyak jgk yg nak dijawab...paling rindu nak dgr soalan 'btol?'...rasa lama sgt tak dgr soalan tu...tak igt dah bila last...huhuhu...


Org ckp proses mengenali tu paling best...sbb waktu tu mcm2 rasa ada...pling byk rasa nak tau...dia ni jenis yg mcm mana...suka makan pe...suka minum pe...suka warna pe...suka buat apa...pendek kata mcm2 la yg nak tau...kadang2 benda yg tak patut tau pun nak tau gak...tp best masa tu...penuh ngan unsur2 suspen...[mcm lam movie lak]...huhuhu...


Rindu ngan masa2 tu...masa bercakap, berchat berjam-jam kat ym...masa tu rasa byk sgt benda yg nak diborakkan...kira cam tak putus la idea...[walaupun kadang2 takde idea gak tp still try to find something utk diborakkan]...miss all the moments so much...huhuhu...


Mungkin masa dulu ngan sekarang dah tak sama,...takpe...yg penting hati ttp hati yg sama...huhuhu....



...kadang2 rasa macam kalaulah masa boleh diberhentikan...

Tuesday, February 1, 2011

..SEMOGA ABADI...

Assalamualaikum...



Dah masuk bulan 2...cepatnya masa berlalu...dah sebulan rupanya betukar status 'in a relationship'..[kat fb]...klu tanya btol2 bila sbnrnya 'in a relationship' ni aku rasa takde jawapan sbb aku pun tak tau bila...[jadi nak wish happy 30days anniversary pun cam tak kena je]...huhuhu...unik tak relationship kitorang...tak sedar bila, tup2 dalam hati dah ada dia...he...ok la tu sbb bg aku yg penting hati...cukup kalau hati masing2 tau yg 'aku dah ada dia'...


And lately aku selalu baca ttg 'long-distance relationship'...[aku di sini dia di sana kira long-distance la tu]...nge~~...how to make it works...how to survive is such a relationship...how to overcome all the challenges...and mcm2 lagi la...kenapa aku baca semua tu...sbbnya aku rasa perlu...huhuhu...dan dalam byk2 yg aku baca ada satu yg aku nak kongsi kat sini....tips2 nak kekalkan hubungan jarak jauh...[boleh dibaca oleh semua...tidak terhad utk mereka yg berada dalam situasi tersebut sahaja]...;)..


Percaya pada pasangan [aku paling setuju ngan yg ni]

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? (KALAU BELUM BACA KENA BACALAH…)Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.


Setia walaupun jauh [yg ni pun paling setuju gak]

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?


Berjumpalah walaupun seketika [yg ni lagi2 la setuju]

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


Tanyalah khabar [saya sgt bersetuju]

Setiap malam sebelum tidur [pagi2 pun ok] itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.


Sambut hari ulang tahun bersama [sgt2lah setuju ]

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah [mengatakan tidak sama sekali dgn penuh bersemangat...^_^]

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.


Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.



...semoga abadi...