Penerima Anugerah Mak Paling Sporting sejak 1982 jatuh kepada ZAITON BINTI IBRAHIM........
Penerima anugerah ini mendapat hadiah yang paling best dalam dunia iaitu ......
Anak-anak yang comel...wawawawa....
Mak....u are the great....love you sooooooooooooooooooo much.........
...tanpamu mak aku takkan mampu berdiri di situ...tiada kata mampu menggambarkan betapa bertuahnya aku menjadi anakmu mak...
Wednesday, March 31, 2010
::PENERIMA ANUGERAH MAK PALING SPORTING::
Posted by Miss Yantie at Wednesday, March 31, 2010 1 comments
Cerita tentang M.A.K.I.B.U.M.A.M.A.U.M.M.I
Sunday, March 21, 2010
::WARKAH UNTUK HAWA
Warkah Untuk Hawa...
Hawa,
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. .
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau jodohmu,ingatlah Hawa, janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirlah senyuman,maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. .
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat rupa paras,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..Tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,dan yang penting pegangan agamanya.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. .Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. .
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia dari cinta keluarga. .
...untuk aku cukuplah hanya cinta Allah dan keluarga...
Posted by Miss Yantie at Sunday, March 21, 2010 0 comments
Cerita tentang Renungan...
Tuesday, March 16, 2010
:::bodohkah aku:::
Aku tak bodoh...aku manusia biasa...yang punya hati...yang punya perasaan...yang akan merasa sakit bila disakiti...Dan aku juga tak bodoh kalau aku menangis bila ada sesuatu yang bleh membuatkan aku menangis...Tapi bodohkah aku kalau aku masih lagi menangisi perkara yang dah berlalu...yang dah lama berlalu...Klu itu dikira bodoh maka bodohla aku...tapi aku tak dpt nak halang air mata ni dari keluar...sedih...terkilan...kesal...semua perasaan ni bercampur...menjadi satu...air mata...
...mungkin bleh tipu org lain tapi hati sendiri tak mungkin boleh ditipu...
Posted by Miss Yantie at Tuesday, March 16, 2010 0 comments
Cerita tentang Heart...
Monday, March 15, 2010
::MACAM BETUL::
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.
...rumit atau tak sesorang tu bergantung kepada diri sendiri...
Posted by Miss Yantie at Monday, March 15, 2010 0 comments
Cerita tentang Something to share with...
Friday, March 12, 2010
::Puding telur::
How to make puding telur
Bahan A:
5 Biji Telur
1 Gelas Gula
½ tin susu cair
½ tin susu pekat
Bahan B:
5 Sudu Gula
masukkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk dan pukul hinnga sebati....
pas2,panaskan bahan B sehingga warna gula tersebut kemerah-merahan....
selepas gula masak,sapukan gula tadi ke dalam acuan.
pastikan keseluruhan acuan penuh dgn gula tersebut.....biarkan gula tersebut sejuk seketika...masukkan bahan A ke dalam acuan yang mengandungi gula tersebut.....masukkan acuan tersebut ke dalam pengukus kuih dan biar sehinnga masak....selamat mencuba.......sedap tau.......
pas masak masukkan dlu dlm peti sejuk...
sedap di makan masa sejuk2......
macam aiskrim.....
p/s-resipi serta cara nak masak puding ini diambil sebijik dari mesra.net
Hasilnya:
Puding jadi tapi ada sedikit kekurangan...bau hanyir telur tu ada lagi skit2...huhuhu...pasni maybe kena masukkan esen vanilla tok hilangkan bau tu...
...nak belajar masak banyak2 pastu mak dah takyah masak lagi...
Posted by Miss Yantie at Friday, March 12, 2010 0 comments
Cerita tentang Saya budak baru belajar
Thursday, March 11, 2010
Manusia dan pemikiran...
Baru hari ni aku btol-btol rasa cam nak guna pepatah kat bawah ni:
BANYAK UDANG BANYAK GARAM BANYAK ORANG BANYAK RAGAM
Kenapa aku nak guna??? sebab hari aku jumpa ngan macam-macam orang...dan salah seorangnya buat aku nak menulis sesuatu pasal manusia dan pemikiran...
Aku pelik tol dengan pemikiran manusia yang seorang ni...aku taktau la memang pemikiran dia macam tu atau sekadar nak menguji aku...tapi yang buat aku sedikit bengang ialah cara dia yang boleh dikategorikan tidak menghormati kaum wanita, kaum yang sama yang telah melahirkan, membesarkan, menyekolahkan dan seangkatan dengannya sehingga dia boleh bergelar seorang insan...
Dan tahap kesabaran aku yang tidak setinggi mana ni agak teruji tadi...dan lagi kalau aku tak memikirkan yang aku seorang diri sedang berada di kalangan mereka mungkin aku bagi penumbuk sebiji kot...hehehe...macam berani...ntahla...mungkin ni la cabaran alam pekerjaan kot....
...klu nak dihormati belajarlah untuk menghormati...
Posted by Miss Yantie at Thursday, March 11, 2010 0 comments
Cerita tentang KuSuT
Wednesday, March 10, 2010
::SPECIAL DEDICATION:
Posted by Miss Yantie at Wednesday, March 10, 2010 1 comments
Cerita tentang LOTs Of LOVE
::BUAT SEORANG TEMAN::
Bingkisan buatmu teman…
Teman…
Akhir-akhir ini hatiku sering bertanya
TIDAK SETANDINGKAH AKU DENGAN ‘DIA’
Istimewa sangatkah ‘dia’ dimatamu
Adakah lebih istimewa dariku
Entah kenapa hatiku begitu ingin tahu
Teman…
Maafkan aku,
Pernah aku terfikir tanpa ‘dia’ tidak bisakah kita bercerita
Tanpa dia tak bolehkah kita berkongsi rahsia
Seperti dulu
Tiada istilah tidak penting untuk kau dan aku berkongsi segala benda
Tapi kini ada ‘dia’ antara kita…
‘dia’ ‘dia’ ‘dia’
entah kenapa ‘dia’ ini benar-benar merunsingkan fikiranku
mengundang satu persoalan di benakku
TIDAK SETANDINGKAH AKU DIBANDINGKAN DENGAN ‘DIA’
Kerana sekarang tanpa ‘dia’ seolah tiada cerita untuk kau bercerita
Begitu bermaknakah ‘dia’ buatmu
Hingga…entahlah…
‘dia’ itu…’dia’ ini…
‘dia’ dan ‘dia’ lagi…
Teman…
Pernahkah kau biar sedetik memikirkan tentangku pula
Betapa diri ini terasa kerdil dibandingkan dengan ‘dia’
Terasa betapa tak pentingnya diri ini buatmu
Tidak seperti dia…
Teman…
Mungkin kau sudah bosan melayan perangaiku yang buruk ini
Kerana kini kau sudah ada ‘dia’
Yang mungkin jauh lebih baik jika dibandingkan denganku…
Teman…
Dari hatiku seikhlasnya…
Aku tak cemburukan dirimu…
Jauh sekali iri
Tapi aku cemburukan ‘dia’
Kerana ‘dia’ dibibirmu kini sentiasa disebut
Teman….
Tak setandingkah aku dengan ‘dia’
‘dia’…’dia’…’dia’….
Aku benci ‘dia’
Kerana dia aku hilang tempat bercerita
Kerana dia aku hilang tempat berkongsi rahsia
Dan kerana dia aku begitu mudah terluka
Kenapa???
Kerana setiap detik yang berlalu
Kau semakin jauh dari aku….
Mungkinkah kau akan pergi selamanya
Hanya kerana ‘dia’
Teman…
Maafkan aku andai semua ini tidak benar
Tapi benar ini adalah apa yang aku rasa…
Maafkan aku teman kerana AKU TIDAK SETANDING ‘DIA’…
Maafkan aku...
...pelik dengan perasaan ini...
Posted by Miss Yantie at Wednesday, March 10, 2010 0 comments
Cerita tentang Hadiah dari hati....
Tuesday, March 9, 2010
::After a while::
Masih ku tak berdaya
Di hatiku berkata
Apakah sebenarnya cinta
Di hati ini
Hanya mainan semata
Namun kau tak mengerti
Apakah sebenarnya yang telah terjadi
Di diri ini
Kau yang masih di hati
Tidak terdaya
Untuk mengundur diri
Darimu
Setelah engkau pergi
Tiada apa yang ada di diri ini
Kuharapkan kau berubah hati
Semoga kau kan kembali
Di diri ini
Posted by Miss Yantie at Tuesday, March 09, 2010 0 comments
Cerita tentang Hadiah dari hati....